kLicK iT

Sunday, April 21, 2013

Crochet FANPAGE

Salam semua..

Nak share ngan korang My Crochet Fanpage ni..
Jemput reramai singgah and LIKE ye..



Dulu mengait ni cuma satu hobi.. masa dibangku sekolah lagi dah minat mengait sebab ibu pun mengait dulu.. Lepas masuk U tak pernah dah mengait and tak terfikir pun nak mengait semula.. entah macamana tiba-tiba terasa nak mengait semula dan beli jarum kait sendiri dan benang kait sendiri.. masa dulu-dulu semua guna ibu punya.. semua ibu punya dah hilang entah ke mana, so beli lah yang baru..

and sekarang, mengait ni jadi side income aku.. cuma tak bape nak serius lagi.. sebab penat mengait ni lagi-lagi kalau tempahan banyak.. sakit jari jemari aku nak siapkan.. tapi siapkan jugak sebab orang dah berhajat..


Friday, April 19, 2013

Bukan Dia Tapi Aku

Walau siapa aku di hati mu.. Ku tetap menyayangi mu..

******************************************************

Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini coba pahami
Ku punya hati bukan tuk disakiti

Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Karena ku tahu ini yang terbaik

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

Cintaku lebih besar darinya
Mestinya kau sadar itu
Bukan dia, bukan dia, tapi aku

Begitu burukkah ini
Hingga ku harus mengalah

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

(cintaku) cintaku
(lebih besar dari benciku) lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
(jangan dia) jangan dia
(jangan dia) jangan dia cukup aku

(jangan dia jangan dia) cukup aku
(jangan dia)







Tuesday, April 16, 2013

Antara Ibu dan Kerjaya

 Salam..

Sejak arwah bapak tak ada kat rumah ni, jadi malas nak buat keje-keje rumah. Nak masak pun malas. Dapur pulak makin cepat kotor gara-gara ibu suka bagi kucing makan sepah-sepah. Aku jugak la yang kena menyapu nanti.. Lagi satu perkara, berbelah bagi nak kerja atau tak.. Kat rumah memang la ada long, abang and adik, tapi long keje.. kul 6 petang baru balik.. adik ngan abang pulak kejap-kejap ada kat rumah kejap-kejap tak ada kat rumah.. buat masa ni aku sorang je la yang sentiasa ada kat rumah temankan ibu.. ibu nak ke mana-mana semua ajak aku.. ada terfikir gak nak buat business sendiri je.. sekurang-kurangnya ada orang teman ibu kat rumah sementara tak kawen lagi ni.. maklum lah anak perempuan bila dah kawen kena la ikut suami.. buat masa ni memang ada buat business online tapi tak serius pun, buat ikut suka je.. kalau betul nak bekerja sendiri kena lebih serius la nampak gayanya.. sejak arwah bapak meninggal memang dah stop hantar job application.. niat nak teman kan ibu sampai hujung tahun.. tengok lah macamana keadaannya nanti.. kita tunggu keputusan dan ketetapan Allah swt..




Monday, April 15, 2013

Keliru

Andai boleh memilih..

Kawan + Teman + Sahabat + Kekasih..

Menunggu keputusan dan ketetapan Allah..



Barang Menjahit

Salam semua..

Tengahari tadi teman ibu beli barang dan singgah beli keperluan menjahit sikit. Lama bebeno kain pasang kat umah tak berjahit gara-gara tak cukup barang dan malas nak menjahit. Bukan urgent nak pakai pun baju tu. sebab tu la tak berjahit-jahit..hehe..takda skoci je pun..betul ke eja skoci tempat isi benang yang bulat tu macam tu..takpa la yang penting faham..

haa..ni la dia..beli 2 skoci high speed mesin punya..
sempat rembat benang kait kaler coklat and kain keras..


benang tu nak kait topi kawan order, and kain keras tu tuk awning..kalau rajin boleh buat lapik bag kait..
tengok la macamna nanti..










Dunia Sahabat

 Salam..

Semakin meningkat usia, semakin banyak ragam manusia yang dipelajari. Tidak ketinggalan juga lebih mengenali erti persahabatan. Ramai di antara kita yang menginginkan persahabatan yang berkekalan selamanya, mengharap si sahabat sentiasa berada di sisi walau apa jua keadaan. Tetapi tidak ramai yang memahami dan mengerti erti sahabat sebenar dan ramai juga yang tidak dapat membezakan makna rakan dan sahabat. Tidak ramai yang dapat menjalankan peranan sebagai sahabat bahkan hanya lebih kepada seorang kawan. Seorang sahabat sentiasa mengambil berat tentang sahabatnya yang lain, sedangkan rakan hanya mengambil berat pada waktu-waktu tertentu sahaja..

Walau siapa pun yang ada di sisi, sebaik-baik tempat mengadu dan mengharap adalah Allah SWT.
tiada manusia yang dapat memahami manusia yang lain kecuali Allah SWT yang menghidupkan dan mematikan manusia. Seorang hamba patut menanam rasa yakin pada Allah melebihi segala isi dunia..
Wallahu a'lam..

-Pedoman-






Monday, April 08, 2013

Exam PTD Lagi

Salam..

Pihak SPA sudah mengumumkan calon yang layak untuk menduduki Peperiksaan Bertulis kemasukkan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada 13 April 2013.

Bagi sesiapa yang nak check tu leh klik kat link ni..


Baru je check tadi..


Masuk yang ni entah yang ke berapa kali pergi exam PTD ni..huhu
Bagi sesiapa yang pertama kali exam PTD ni study la elok-elok sebelum masuk exam..
Insya Allah kalau ada rezeki pasti lulus..

Good Luck untuk semua calon Exam PTD :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...